Saturday, February 5, 2011

[MEMBANTU DIRI]

Janjilah kepada diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa susah sesuatu masalah yang anda hadapi dalam kehidupan anda, anda akan mencuba dengan sedaya upaya anda untuk membantu diri sendiri.

Anda mengakui bahawa usaha anda untuk membantu diri sendiri itu mungkin tidak berbuah kerana pemberian ganjaran yang wajar adalah di luar kawalan anda.

Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi.

Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya

Mari kita hayati 10 Tips Mewujudkan keyakinan diri;

01.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.

02.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.

03.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.

04.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!

05.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.

06.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

07. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!

08.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

09.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.


SUMBER DARI SESEORANG YANG BOLEH DIPERCAYAI. MAAF AKU LUPA UNTUK MEMBERI PENGHARGAAN DAN AKU SUDAH LUPA SIAPA YANG MEMBERI. SIAPA YANG TERLIHAT, TERBACA MINTA DIHALALKAN UNTUK DIKONGSI.

[SEDIH]

SEDIH. 

SALAH SATU PERASAAN YANG ALLAH BAGI UNTUK HAMBANYA SUPAYA MEREKA KEMBALI MENGINGATI PENCIPTANYA BAGI YANG LALAI. USAH DITANYA MENGAPA MEREKA BERSEDIH. TANYALAH APA YANG BOLEH DIBANTU.

RRAMOTH

[JAM MENUNJUKKAN PUKUL 3.49 PAGI]

mencari idea untuk menyiapkan assignment ?
mencari idea untuk menulis lagu yang kedua bAgI diriku ?
aku tahu diriku ini sangat tidak bermakna bagi org lain .
tapi ....
perlukah aku memikirkannya ?
sedangkan byk lagi perkara yg perlu aku penuhi sebagai seorang pelajar, anak, teman, hamba.
hmmmm ...
aku kesepian .
itulah yang terbaik untuk menggambarkan diriku pada masa kini .
aku sedih .
aku takot .
aku murung .
aku merasakan diriku ini sangat hina di sisi tuhanku .
aku tahu aku tahu aku tahu .
setiap hari aku memohon agar doaku dimakbulkan ,
tetapi aku terfikir ,
adakah seorang hamba yang selalu melupakan tuhannya akan diingati oleh tuhannya ?
aku tahu aku tahu aku tahu ,
tuhanku tidak akan sesekali melupakan aku ,
buktinya ?
udara yang aku hirup segar dilimpahkan kepada aku olehnya ,
kecerahan matahari menyinari hidup aku ,
memberikan peluang untuk aku menggunakan pancaindera , mata sebaik-baiknya .
kegelapan malam yang aku rasai amat berharga bg aku untuk lena tidur diulit mimpi2 indah .
kesempurnaan tubuh aku dirasai agar tidak dihina , dicaci oleh insan yg tidak berperikemanusiaan ,
pendengaran yang aku gunakan untuk mendengar ayat suci al-quran ,
walaupun dahulu aku tahu , tetapi baru sekarang aku mula MENGhargai .

penglihatan yg tajam , yg dahulunya aku gunakan untuk melihat perkara2 duniawi ,
tetapi , alhamdulillah telah aku gunakan dengan sebaik-baiknya sekarang menuju ke jalan jihad ,
walaupun dahulu aku tahu , tetapi baru sekarang aku mulai hargai .
sentuhan yg menghangatkan , yg dahulu aku gunakan untuk menyentuh alat2 hiburan ,
tetapi , alhamdulillah telah aku gunakan untuk memegang kitab suci bg seluruh umat islam .
walaupun dahulu aku tahu , tetapi baru sekarang aku mulai hargai .
mulut yg melalaikan , yg dahulu aku gunakan untuk mendendangkan lirik2 syaitan ,
tetapi , alhamdulillah telah aku gunakan untuk menghangatkan suasana malam dengan bertarannum .
walaupun dahulu aku tahu , tetapi baru sekarang aku mulai hargai .
pemikiran yg menganiaya , yg dahulu aku gunakan untuk menakluki duniawi .
tetapi , alhamdulillah telah aku gunakan untuk memberi keinsafan dengan membayangkan nikmat syurga ,
walaupun dahulu aku tahu , tetapi baru sekarang aku mulai hargai .


aku tahu aku tahu aku tahu .
apa yg aku mahu ketika ini ?
hanya aku yg tahu ,
tetapi ...
aku mahu berkongsi ,
aku mahu memohon diampunkan dosa diriku ,
aku mahu memohon  diampunkan dosa kedua ibubapa ku ,
aku mahu memohon diampunkan dosa seluruh ahli keluarga ku ,
aku mahu memohon diampunkan dosa semua guru ku ,
aku mahu memohon diampunkan dosa teman2 ku ,
aku mahu memohon diampunkan dosa semua umat islam yg masih hidup mahupun yg meninggal dunia ,
aku mahu memohon diri aku dimatikan dalam keadaan beriman, dalam keadaan syahid , dalam ketenangan di dunia dan di akhirat ,
aku mahu memohon dihindarkan dari seksaan kubur ,
dan aku memohon agar dihindarkan seksaan kubur bagi arwah ayah ku ,
kerana dialah yang telah mendidik aku dari aku kecil sehingga sebelom pemergiaannya ,
aku memohon agar dihindarkan seksaan kubur bagi seluruh umat islam ,
aku memohon agar diberikan jodoh yg terbaik , yg memahami diriku ,
terhindar dari perkara2 lagha , terhindar dari kesesatan dunia dan akhirat .

P/S: AKU JUGA INGIN DUNIA MELIHATKU SEBAGAI SEORANG ANAK MUDA YANG BAKAL MENGGEGAR DUNIA.

[TERIMA KASIH TEMAN]

Pulanglah

Buka lah mata dan lihat dihadapan mu
Aku berdiri tegak tapi kau tak nampak
Oh mata aku pedih sering kau campak saja
Banyak yang dah ada yang aku tak ada
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku yang tetap menanti kamu
Berikan jawapan

Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu

Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu aku damping owh

Aku berjalan di kota kuala lumpur
Semuanya Nampak berbeza tapi ku sama
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku yang tetap menanti kamu
Berikan jawapan

Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu

Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu aku damping oh


AKU MENDENGAR LAGU INI TATKALA AKU KESEORANGAN TANPA PENEMAN. KERANA AKU MENUNGGU TEMAN YANG SETIA. AKU PASTI IA MENJADI SATU KESALAHANKU KERANA AKU MENUNGGU. SEPATUTNYA AKU YANG MENCARI DAN BERDAMPING KERANA DIA TIDAK PERNAH MENINGGALKAN AKU WALAU SESAAT. LAGU INI MENCERITAKAN TENTANG PENANTIAN. JADI TIDAK SALAH AKU KAITKAN LAGU INI DENGAN KISAH HIDUPKU.

AKU TERLALU MENGHARAPKAN RAMAI YANG BERDAMPINGAN DENGAN KU. ITULAH PERMULAAN BAGAIMANA PERANGAI KEANAK- ANAKAN KU TERJADI. TERLAMPAU INGINKAN PERHATIAN. AKU TIDAK KISAH DI KETAWA KERANA AKU TAHU ADA YANG MENDENGAR, MEMERHATIKAN KU.

TAPI LAMA KELAMAAN AKU BOSAN. AKU BOSAN MENUNGGU KERANA AKU TERSEDAR BAHAWA APA YANG AKU TUNGGU TIDAK MENJELMA.

OH TUHAN, AMPUNI DOSA HAMBA MU INI KERANA TERLALU LAMA MENUNGGU MU SEDANGKAN AKU LAH YANG PATUT MENDAMPINGI MU DARI SETIAP SEGENAP SUDUT HATI KU. KERANA KAULAH SANG PENCIPTA. DAN KERANA AKU HANYA HAMBA YANG HINA.

BUAT TEMAN KU YANG KU KENAL TETAPI TIDAK MENGENALI KU, AWI RAFAEL. TERIMA KASIH KERANA LAGU MU TELAH MENYENTUH HATI KU. SEKIAN.

P/S: JANGANLAH MENGHARAPKAN BULAN JATUH KERIBA. BERDOA DAN BERUSAHALAH DEMI MENCAPAI CITA-2.