Wednesday, July 18, 2012

[MADAH LAMAN SOSIAL]


JOKE
Ah Beng bought a new mobile.
He sent a message to everyone from his Phone Book & said,
"My mobile no. has changed.
Ealier it was Nokia 3310. Now it is 6610"
================================================

Ah Beng : I am a proud, coz my son is in Medical Colledge.
Friend : Really?... What is he studying?
Ah Beng : No, he is not studying. They are studying him.
================================================

Ah Beng : Doctor, in my dreams, I play football every night.
Dr : Take this tablet.... You will be ok.
Ah Beng : Can I take tomorrow? ... Tonight is final game.
================================================

Ah Beng : If I die, will you remarry?
Wife : No! I'll stay with my sister. But if I die, will you remarry?
Ah Beng : No, I'll also stay with your sister.
================================================

Ah Beng : People consider me as a "GOD".
Wife : How do you know?
Ah Beng : When I went to the park today, everybody said,
"Oh GOD! ...U have come here.
__________________________________________________________________________________

ECONOMY
Bil(api,air,astro,TM) = rm350 Petrol = rm200 Kereta = rm400 Makan = rm450 Rumah = rm700 barang dapur =rm300 lain-lain = rm150 Jumlah = rm2400 Tidak termasuk Cukai tanah,cukai pintu,belanja perayaan,kos perubatan dan tol. Bagaimana pula dengan cuti sekolah/makan angin,Servis kereta/motosikal & renew road tax/insurans. Bagaimana dengan anda?Cukupkah dengan apa yg ada skarang ni untuk menampung kehidupan kita dan anak2 pada 10++ tahun akan datang???Tanyalah pada diri anda sendiri..
______________________________________________________________________________________________

LOVE
Some day if i die..
don’t think that i forgot u….
just have a look towards
sky!
my tears will be a rain
drop on your cheeks to say
“hey I’m still with you....♥
__________________________________________________________________________________

LOVE
ucapkanlah cinta wahai kasih satu kata yg ku nanti kan..

kerna aku x mmpu mmbaca mata mu..
mendengar bisikmu..melihat hatimu..
__________________________________________________________________________________

ISLAMIC
Andainya Rasulullah masih ada... Ingin sekali mendengar gurauannya.. ~
__________________________________________________________________________________

ISLAMIC

Tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah . . Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita , lelaki tertarik kepada kita.

Waktu berdepan dengan mereka , banyak-banyaklah berdoa , “Ya Allah , janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku . . Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan .”
__________________________________________________________________________________

ISLAMIC

Cantik WANITA kerana kejernihan wajah...
Manis WANITA kerana senyuman...
Ayu WANITA kerana kesederhanaan lahiriah...
Hebat WANITA kerana kesabaran...
Mulia WANITA kerana keimanan...
__________________________________________________________________________________

SAYA PUNYA!!!

MUNGKIN KAU BUKANLAH YANG TERAKHIR,
TAPI KAULAH YANG PERTAMA.



P/S: HANYA GURAU SENDA DILAMAN MUKA BUKU. TIADA KENA MENGENA ANTARA YANG HIDUP ATAU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.




Tuesday, July 3, 2012

[CALON MENANTU ATAU CALON HANTU]

Assalamualaikum w.b.t

Yang mana satu pilihan keluarga anda? Calon menantu atau calon hantu? Semestinyer yang dipilih adalah calon menantu, tapi apa kriteria-kriteria yang memberikan satu impak yang mampu mengubah hidup seseorang, bakal suami mahupun bakal isteri... serta seluruh ahli keluarganya...

Ok, like me, my ibu has describe and decide each kriteria yang akan dicari oleh anaknyer as her daughter in law... Pertama sekali beliau nak seorang yang pandai dalam bab-bab agama, atau pun dalam bahase mudah dan singkatnyer USTAZAH!!! ustaz dilarang same sekali... yang kedua, ANAK YATIM kerana beliau ni seorang yang prihatin, kalau dulu, suke sangat pergi rumah anak-anak yatim kat dengan rumah aku, tapi dekat tak dekat gak la, dalam 10 km gitu, die tak kisah sebab aku yang bawak kete.. so yang letihnyer aku... 10 km tu beb, jauh... lagi satu kalau kita menolong anak yatim ni, besar pahalanya, betol tak?

Riwayat At-Tarmizi, Nabi s.a.w bersabda: Barang siapa yang memelihara seorang anak yatim dengan memberi makanan dan minuman dengan puas, maka Allah s.w.t memasukkan ia ke dalam syurga kecuali ia mengerjakan dosa yang tidak dapat diampuni.



Hadis Sahih Muslim, Nabi s.a.w bersabda: Orang yang memelihara anak yatim maka (aku) Nabi dan Dia seperti 2 jari di syurga. Nabi bersabda sambil menunjukkan 2 jarinya iaitu jari telunjuk dan jari tengah.



Menolong anak yatim ini adalah sebenarnya fardu kifayah. Jadi jangan salah dan caci mereka walaupun mereka anak yatim, jika kita salahkan mereka kerana mereka seorang anak yatim, maka ia seperti menyalahkan Allah kerana mengambil ibu ayah mereka dari sisi mereka, ingatlah dunia ini hanya pinjaman semata-mata.

Tapi my ibu pun ade ckp, jodoh pertemuan tu atas keredaan Allah s.a.w, kite just memohon, kalau ade jodoh, insyaallah kriteria-kriteria itu akan dipenuhi... AMIN!!!

Ok, bab jodoh tuan empunya diri sudah habis, sekarang bab tuan puan pulak yang nak memilih, saya hanya akan memberikan cadangan dan apa yang telah dinyatakan dalam hadis, tuan puan pilihlah mengikut kerelaan hati...


Bagi lelaki:
Pernah dengarkan satu hadis yang berbunyi, 
"Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara, harta kekayaan, keturunan, kecantikan dan agama, maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat agamanya, nescaya sejahtera hidupmu".
Walaupun kita ini bakal imam bakal isteri-isteri kita, kita tidak akan lari dari kesilapan, oleh sebab itu seorang wanita yang beragama akan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang solehah, menegur si suami jika melakukan khilaf. Inilah yang kita nak dalam kehidupan berumah tangga. Nak ke taknak tuan puan? kalau taknak tapela bukan saye yang rugi, btol tak? :) Kalau tuan puan ade calon yang macam tu, nak ta'arufkan dengan saye pun boleh, ibu saye tak marah, tapi kene face to face dengan beliau la, nak tgk berani ke tak sebab beliau ni garang, gggggrrrrr... eehhh,, penyayang.... :) maaf ibu, hee, besela, anak ibu...

Yang seterusnye adalah untuk kaum wanita memilih pasangan,

Nabi s.a.w bersabda:

"Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) dengan agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlaku fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar:.

Jadi untuk memilih seorang lelaki bukanlah sekadar cinta yang diucapkan, dilafazkan dan di di yang sebagainya melalui mulut atau tulisan, lelaki biasalah, ayat manissssss... but not the majority, just minority...sorry guys, facts... kalau betol-betol dia serius, suruh dia jumpe bapak ngan mak kite, ehhh, bapak ngan mak you allzz... hahaha, bagi yang serius, cabaran itu akan diterima 100% dan bagi yang tak serius banyak alasannya,

Cukup la kot ari ni, mata dah kuyu, jam loceng peneman setia dah pukul 1.25 a.m jam laptop 1.14 a.m, milo da abis diteguk, esok ade trip ke melake 2 hari 1 malam. Ya Allah permudahkanlah urusan kami dunia dan akhirat, selamatkanlah perjalanan kami ke melaka esok, permudahkanlah dan berikan jodoh yang terbaik buat kami, AMIN!!!

Sedikit tips, ni pun orang yang dah kahwin da berpengalaman bagi tahu, saya sampaikan je, sebab saye belom kahwin...

Selalu orang lelaki akan mencari wanita yang pandai memasak untuk dijadikan suri, tapi kalau tak pandai atau ala kadar je macam mane nak jawab kat laki tu? Senang je, ckp macam ni, kalau nak suruh belajar memasak tu senang je, tapi bile dah kahwin, jadi imam, solat jemaah kat rumah, boleh? :)

yang mane tulisan yang tak kene ngan tajuk harap maaf ye, besela tak buat mind map, main tulis je :)

YA ALLAH, DEKATKANLAH HATIKU DENGAN HATINYA SERTA KELUARGANYA.


P/S: DIALOG DI ATAS ADALAH GURAUAN ANAK BERANAK. JANGAN AMBIL SERIUS :) KALAU SALAH TOLONG BETULKAN.

Bahagiakan seseorang dengan kebenaran, bukan penipuan....
Assalamualaikum...

Monday, July 2, 2012

[DOUBLE PROTECTION]

2 kali baru cukup syarat, kan mak? Are you familiar with this word? On tv somehow? Iklan dia just to promote minyak masak yang dibuat 2 kali penapisan, but instead of minyak masak, think positively... Kebersihan!!! Basuh tangan 2 kali akan menjadikan tangan itu bersih kalau difikir logik akal, betol? Jadi kebersihan adalah suatu perkara yang wajib dijaga dan dipelihara oleh setiap muslimin dan muslimat. Kenapa? Sebab, kebersihan adalah sebahagian daripada IMAN... nak bukti? jap-jap, kene belek kitab-kitab dulu la :) Kitab Hadis 40 ade, Kitab Ihya Ulumuddin ade, Kitab Tajul Muluk ade, Kitab Cinta ade dan last but not least JANGAN TERLAMPAU TAKSUB DENGAN Kitab Google atau dikenali sebagai search engine, hee...

Riwayat Aisyah r.a: Nabi S.A.W bersabda, "Sepuluh macam dari fitrah- kebiasaan Nabi S.A.W yang disunatkan iaitu:
  1. memotong kumis/ misai.
  2. memelihara janggut.
  3. bersugi.
  4. memasukkan air ke dalam hidung (dalam berwuduk ade).
  5. memotong kuku.
  6. membasuh telinga (dalam berwuduk ade).
  7. beristinjak.
  8. mencukur bulu kemaluan. "pari-pari"(paham kan :)
  9. bersikat.
  10. berkumur.
Selain daripada itu ade satu lagi hadis yang menunjukkan bahawa Islam itu bersih dan mengajar kita untuk menjadi pembersih.

"Bersihkanlah dirimu, sesungguhnya Islam itu bersih".
(HR Ibnu Hibban)

Kalau begitu bagaimanakah status orang Islam yang tidak menjaga kebersihan? Pada pandangan aku la, its not pandangan jumhul ulamak ye, this is bout personal thinking. Mereka menganut agama Islam tetapi mereka tidak dapat merasakan kemanisan, keindahan da segala ke ke yang positif. Sebab apa? Sebab mereka begitu susah untuk melaksanakan apa yang sudah termaktub dalam Kitab Allah, iaitu Al-quran bagi umat Nabi S.A.W serta kitab-kitab yang diturunkan pada zaman dahulu kala bagi umat yang terdahulu. Satu lagi, aku ni orang melayu, so Islam ini dianuti melalui keturunan, its different between people who has Islam by heritance and has Islam by hidayah. Ok ok, contoh... kita kan suke teknologi, phone contohnyer, let's think properly, antara iPhone yang kita dapat free dengan Nokia 3310 (remember?) yang kita dapat dengan hasil titik peluh kita bekerja siang malam... Zaman dulukan 3310 tu dekat 3 ratus harga dia... yang mana kita selalu guna? Kalau aku la kan, 3310 tu akan digunakan untuk telefon, hantar mesej pesanan ringkas, iPhone tu setakat untuk menunjuk-nunjuk je, betol ke tak pandangan aku ni? Kalau anda lain maafla, different people different head, different people different penyakit. hahaha, ape aku mengarut ni... enough enough...

So berbalik pada persoalan tadi, kebersihan... iyer baca Al-Quran tu bagus, menghafal hadis tu bagus, berdakwah itu bagus, menuntut ilmu itu bagus, pendek kate yang Islam suruh semuanyer bagus-bagus, tapi kenapa dalam menjaga kebersihan kita yang paling liat. Ok ok contoh, macam aku, ibu suruh pergi sekolah, aku pergi, ibu suruh pergi mengaji aku pergi, ibu suruh pergi sembahyang berjemaah dekat masjid, eeerrkkkk eeerrmmmm, ppppeeeerrrgggiiii.... tapi bile ibu suruh sapu sampah, erkkkk jap lagi la, bila ibu suruh buang sampah, eeerrmmmm suruh Ilham la ibu (adik aku), bila ibu suruh kemas bilik? hhhhuuuuhhhh, tu sarang tikus la ibu, buat ape nak kemas... itu mase dah besar, kalau kecik kecik dulu, nak pergi mandi kene ber"escort" dengat rotan, penyapu, getah paip dan penyidai baju.

Kalau kite nak kaitkan balik dengan kebersihan, sejak dari kecik lagi kite dah dipakse untuk menjaga kebersihan, tapi ape yang kite pikir? Alah, nak mandi pun pakse pakse, nak rotan bagai, dik, kalau bukan sebab perkara tu penting dan berat, takdenyer sampai nak rotan rotan... tapi kite sendiri yang pandang perkara tu sebagai perkara remeh, atau bak kata orang melayu, perkara yang tak ambil dik untung...

So, sebagai seorang muslim dan seorang muslimat bagi wanita, kite mesti double kan protection kite, perkara yang berat kite kene sentiasa berjaga jaga, perkara yang remeh kite berjaga jaga 2 kali lebih, sebab ape, remeh itu bakal menghancurkan Islam dari dalam. 

Maaf juga aku ucapkan kalau ade mane mane tulisan yang tak berkait rapat dengan tajuk, tambahan je sume tu... naiiiisssseee, catch with you'll later.... Assalamualaikum....
  

P/S: HANYA INGIN MENGINGATKAN DIRI SENDIRI DAN TEMAN-2. JANGAN DI KOMEN GAYA PENULISAN, SAYA TAHU SANGAT BERTERABUR. MAAFKAN SAHAJA :)

Sunday, July 1, 2012

[PEGANGAN HIDUP]


Assalamualaikum w.b.t

Pegangan hidup…

Syukur ke hadrat illahi kerana diberi kesempatan dan idea untuk menulis sesuatu yang mungkin bakal mengubah pemikiran kita dan melakukan sesuatu yang orang kata sebagai anjakan paradigma dalam hidup kita… DENGAN izinNYA, INSYAALLAH…

Pertama sekali saya ingin mengadakan sesi ta’aruf atau orang kampung saya panggil ice breaking atau sesi perkenalan.

Nama saya Muhammad Ikram B. OTHMAN but everybody get it easy to call my dad name OSMAN. Walaupun maksud dia sama tapi tak selesa bila dipanggil begitu. The pronunciation must be correct otherwise it will be wrong. KAN? :) ala takkan tak biasa kot, dulu zaman sekolah belajar bahasa inggeris, dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan sekolah-sekolah yang lain. Bab nama pun dah panjang lebarkan? Biasala, nama itu satu doa dan mempunyai maksud yang tertentu. Kalau tak percaya cube try test, tengok balik di rumah, ada tak buku-buku PILIHAN NAMA DALAM ISLAM. Sebagai contoh, MUHAMMAD = YANG TERPUJI, IKRAM = YANG MENGHORMATI, so?

MUHAMMAD + IKRAM = YANG TERPUJI dan YANG MENGHORMATI

Jadi berdasarkan tajuk di atas iaitu pegangan hidup, kita boleh menjadikan nama kita sebagai pegangan hidup. Buat apa jadi yang dikeji sedangkan nama sendiri bermaksud YANG TERPUJI? Mengapa membenci sedangkan nama sendiri bermaksud YANG MENGHORMATI? Begitulah ujian dalam hidup, nak berubah menjadi yang terpuji dan dipuji, yang menghormati dan dihormati bukan senang, ia memerlukan kekuatan jiwa yang infiniti. Kalau tak infiniti kekuatan jiwa tu, diuji sikit je dah menggelabah, menyalahkan orang, kecewa, merana dan sakit jiwa? :) ada kot…

Itu bab nama, kalau kita twist sikit je boleh?

RUKUN… apa itu? Ada banyak tak rukun kalau kita fikir? Rukun Islam, Rukun Iman, Rukun Negara… Rukuk? Itu rukun dalam solat ye tuan puan… so it become Rukun Solat… dan lain-lain. Persoalannya? Jeng jeng jeng… lupe… hee… sebagai seorang muslim dari kecik kita diajar untuk MENGHAFAL rukun Islam dan rukun Iman… betul tak? Dan rukun Negara sebagai sampingan… tapi yang mana selalu dipraktikkan? Kalau difikirkan secara logik akal, sesuatu perkara yang kita ulang dan ulang akan melekat diminda dan akan menjadi sesuatu yang tidak asing dalam diri kita. Betulkan? Kalau salah betulkan saya… tapi yang mana selalu keluar dalam media massa? media cetak? media elektronik pada masa kini? rukun Islam? rukun Iman? rukun Negara? rukun Solat? rukun Tetangga?

Bagi rakyat Malaysia, pegangan mereka adalah rukun NEGARA… ok, cube listkan satu per satu rukun NEGARA.

  1. 1.      Kepercayaan kepada …………….
  2. 2.      Kesetiaan kepada ……………
  3. 3.      Keluhuran ……………..
  4. 4.      Kedaulatan ……………..
  5. 5.      Kesopanan dan ……………..

Kita marah tak kalau orang tak ikut segala kandungan dalam rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 ni? Tapi….. agak-agaklakan, ALLAH marah tak siapa yang tak ikut dan jadikan ia sebagai pegangan hidup iaitu rukun yang telah DIA tetapkan?

Rukun Iman

  1. 1.      Beriman kepada ALLAH S.W.T
  2. 2.      Beriman kepada MALAIKAT
  3. 3.      Beriman kepada KITAB-KITAB
  4. 4.      Beriman kepada RASUL-RASUL
  5. 5.      Beriman kepada HARI AKHIRAT
  6. 6.      Beriman kepada QADA’ dan QADAR


Key point = Allah Malaikat Kitab Rasul Akhirat Qada’ Qadar
Bukan susah pun 6 je kot…

Rukun Islam

  1. 1.      Mengucap 2 kalimah syahadah
  2. 2.      Solat 5 waktu sehari semalam
  3. 3.      Menunaikan Zakat
  4. 4.      Berpuasa dibulan Ramadhan
  5. 5.      Mengerjakan haji BAGI yang MAMPU

Key point = Syahadah Solat Zakat Puasa Haji
Lagi la senang 5 je kot…

Jadi untuk mengubah hidup dan mencari sesuatu untuk dipegang bukanlah sukar sebenarnya, cuma terlampau banyak dosa yang kita lakukan sehingga banyak titik-titik hitam yang ada dalam hati kita dan menjadikan hati itu buta.

Let’s make it easy and simple, macam selalu coach saya bagitau “kalau kita lost, back to basic…”
So, in case of this… lost in real world, ISLAM is the basic and you will find the answer…

“Practice make perfect”?

Are we still familiar with the quote?

How bout we change a little bit of the sentence?

“Practice doesn’t make perfect, Tawaddu’ make perfect”

Jadikanlah ISLAM sebagai pegangan hidup dan cara hidup melebihi segalanya di atas muka bumi yang pinjaman dan palsu ini.

Naiiiissseee, catch with you later…. Assalamualaikum, may Allah bless you :)

P/S: KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN. JANGAN DI TERJAH KERANA ANAKMU INI SEDANG BELAJAR. MAAF.