Tuesday, July 3, 2012

[CALON MENANTU ATAU CALON HANTU]

Assalamualaikum w.b.t

Yang mana satu pilihan keluarga anda? Calon menantu atau calon hantu? Semestinyer yang dipilih adalah calon menantu, tapi apa kriteria-kriteria yang memberikan satu impak yang mampu mengubah hidup seseorang, bakal suami mahupun bakal isteri... serta seluruh ahli keluarganya...

Ok, like me, my ibu has describe and decide each kriteria yang akan dicari oleh anaknyer as her daughter in law... Pertama sekali beliau nak seorang yang pandai dalam bab-bab agama, atau pun dalam bahase mudah dan singkatnyer USTAZAH!!! ustaz dilarang same sekali... yang kedua, ANAK YATIM kerana beliau ni seorang yang prihatin, kalau dulu, suke sangat pergi rumah anak-anak yatim kat dengan rumah aku, tapi dekat tak dekat gak la, dalam 10 km gitu, die tak kisah sebab aku yang bawak kete.. so yang letihnyer aku... 10 km tu beb, jauh... lagi satu kalau kita menolong anak yatim ni, besar pahalanya, betol tak?

Riwayat At-Tarmizi, Nabi s.a.w bersabda: Barang siapa yang memelihara seorang anak yatim dengan memberi makanan dan minuman dengan puas, maka Allah s.w.t memasukkan ia ke dalam syurga kecuali ia mengerjakan dosa yang tidak dapat diampuni.



Hadis Sahih Muslim, Nabi s.a.w bersabda: Orang yang memelihara anak yatim maka (aku) Nabi dan Dia seperti 2 jari di syurga. Nabi bersabda sambil menunjukkan 2 jarinya iaitu jari telunjuk dan jari tengah.



Menolong anak yatim ini adalah sebenarnya fardu kifayah. Jadi jangan salah dan caci mereka walaupun mereka anak yatim, jika kita salahkan mereka kerana mereka seorang anak yatim, maka ia seperti menyalahkan Allah kerana mengambil ibu ayah mereka dari sisi mereka, ingatlah dunia ini hanya pinjaman semata-mata.

Tapi my ibu pun ade ckp, jodoh pertemuan tu atas keredaan Allah s.a.w, kite just memohon, kalau ade jodoh, insyaallah kriteria-kriteria itu akan dipenuhi... AMIN!!!

Ok, bab jodoh tuan empunya diri sudah habis, sekarang bab tuan puan pulak yang nak memilih, saya hanya akan memberikan cadangan dan apa yang telah dinyatakan dalam hadis, tuan puan pilihlah mengikut kerelaan hati...


Bagi lelaki:
Pernah dengarkan satu hadis yang berbunyi, 
"Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara, harta kekayaan, keturunan, kecantikan dan agama, maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat agamanya, nescaya sejahtera hidupmu".
Walaupun kita ini bakal imam bakal isteri-isteri kita, kita tidak akan lari dari kesilapan, oleh sebab itu seorang wanita yang beragama akan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang solehah, menegur si suami jika melakukan khilaf. Inilah yang kita nak dalam kehidupan berumah tangga. Nak ke taknak tuan puan? kalau taknak tapela bukan saye yang rugi, btol tak? :) Kalau tuan puan ade calon yang macam tu, nak ta'arufkan dengan saye pun boleh, ibu saye tak marah, tapi kene face to face dengan beliau la, nak tgk berani ke tak sebab beliau ni garang, gggggrrrrr... eehhh,, penyayang.... :) maaf ibu, hee, besela, anak ibu...

Yang seterusnye adalah untuk kaum wanita memilih pasangan,

Nabi s.a.w bersabda:

"Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) dengan agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlaku fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar:.

Jadi untuk memilih seorang lelaki bukanlah sekadar cinta yang diucapkan, dilafazkan dan di di yang sebagainya melalui mulut atau tulisan, lelaki biasalah, ayat manissssss... but not the majority, just minority...sorry guys, facts... kalau betol-betol dia serius, suruh dia jumpe bapak ngan mak kite, ehhh, bapak ngan mak you allzz... hahaha, bagi yang serius, cabaran itu akan diterima 100% dan bagi yang tak serius banyak alasannya,

Cukup la kot ari ni, mata dah kuyu, jam loceng peneman setia dah pukul 1.25 a.m jam laptop 1.14 a.m, milo da abis diteguk, esok ade trip ke melake 2 hari 1 malam. Ya Allah permudahkanlah urusan kami dunia dan akhirat, selamatkanlah perjalanan kami ke melaka esok, permudahkanlah dan berikan jodoh yang terbaik buat kami, AMIN!!!

Sedikit tips, ni pun orang yang dah kahwin da berpengalaman bagi tahu, saya sampaikan je, sebab saye belom kahwin...

Selalu orang lelaki akan mencari wanita yang pandai memasak untuk dijadikan suri, tapi kalau tak pandai atau ala kadar je macam mane nak jawab kat laki tu? Senang je, ckp macam ni, kalau nak suruh belajar memasak tu senang je, tapi bile dah kahwin, jadi imam, solat jemaah kat rumah, boleh? :)

yang mane tulisan yang tak kene ngan tajuk harap maaf ye, besela tak buat mind map, main tulis je :)

YA ALLAH, DEKATKANLAH HATIKU DENGAN HATINYA SERTA KELUARGANYA.


P/S: DIALOG DI ATAS ADALAH GURAUAN ANAK BERANAK. JANGAN AMBIL SERIUS :) KALAU SALAH TOLONG BETULKAN.

Bahagiakan seseorang dengan kebenaran, bukan penipuan....
Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment

adakah ini yang dinamakan komen ?

Note: Only a member of this blog may post a comment.