Sunday, July 1, 2012

[PEGANGAN HIDUP]


Assalamualaikum w.b.t

Pegangan hidup…

Syukur ke hadrat illahi kerana diberi kesempatan dan idea untuk menulis sesuatu yang mungkin bakal mengubah pemikiran kita dan melakukan sesuatu yang orang kata sebagai anjakan paradigma dalam hidup kita… DENGAN izinNYA, INSYAALLAH…

Pertama sekali saya ingin mengadakan sesi ta’aruf atau orang kampung saya panggil ice breaking atau sesi perkenalan.

Nama saya Muhammad Ikram B. OTHMAN but everybody get it easy to call my dad name OSMAN. Walaupun maksud dia sama tapi tak selesa bila dipanggil begitu. The pronunciation must be correct otherwise it will be wrong. KAN? :) ala takkan tak biasa kot, dulu zaman sekolah belajar bahasa inggeris, dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan sekolah-sekolah yang lain. Bab nama pun dah panjang lebarkan? Biasala, nama itu satu doa dan mempunyai maksud yang tertentu. Kalau tak percaya cube try test, tengok balik di rumah, ada tak buku-buku PILIHAN NAMA DALAM ISLAM. Sebagai contoh, MUHAMMAD = YANG TERPUJI, IKRAM = YANG MENGHORMATI, so?

MUHAMMAD + IKRAM = YANG TERPUJI dan YANG MENGHORMATI

Jadi berdasarkan tajuk di atas iaitu pegangan hidup, kita boleh menjadikan nama kita sebagai pegangan hidup. Buat apa jadi yang dikeji sedangkan nama sendiri bermaksud YANG TERPUJI? Mengapa membenci sedangkan nama sendiri bermaksud YANG MENGHORMATI? Begitulah ujian dalam hidup, nak berubah menjadi yang terpuji dan dipuji, yang menghormati dan dihormati bukan senang, ia memerlukan kekuatan jiwa yang infiniti. Kalau tak infiniti kekuatan jiwa tu, diuji sikit je dah menggelabah, menyalahkan orang, kecewa, merana dan sakit jiwa? :) ada kot…

Itu bab nama, kalau kita twist sikit je boleh?

RUKUN… apa itu? Ada banyak tak rukun kalau kita fikir? Rukun Islam, Rukun Iman, Rukun Negara… Rukuk? Itu rukun dalam solat ye tuan puan… so it become Rukun Solat… dan lain-lain. Persoalannya? Jeng jeng jeng… lupe… hee… sebagai seorang muslim dari kecik kita diajar untuk MENGHAFAL rukun Islam dan rukun Iman… betul tak? Dan rukun Negara sebagai sampingan… tapi yang mana selalu dipraktikkan? Kalau difikirkan secara logik akal, sesuatu perkara yang kita ulang dan ulang akan melekat diminda dan akan menjadi sesuatu yang tidak asing dalam diri kita. Betulkan? Kalau salah betulkan saya… tapi yang mana selalu keluar dalam media massa? media cetak? media elektronik pada masa kini? rukun Islam? rukun Iman? rukun Negara? rukun Solat? rukun Tetangga?

Bagi rakyat Malaysia, pegangan mereka adalah rukun NEGARA… ok, cube listkan satu per satu rukun NEGARA.

  1. 1.      Kepercayaan kepada …………….
  2. 2.      Kesetiaan kepada ……………
  3. 3.      Keluhuran ……………..
  4. 4.      Kedaulatan ……………..
  5. 5.      Kesopanan dan ……………..

Kita marah tak kalau orang tak ikut segala kandungan dalam rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 ni? Tapi….. agak-agaklakan, ALLAH marah tak siapa yang tak ikut dan jadikan ia sebagai pegangan hidup iaitu rukun yang telah DIA tetapkan?

Rukun Iman

  1. 1.      Beriman kepada ALLAH S.W.T
  2. 2.      Beriman kepada MALAIKAT
  3. 3.      Beriman kepada KITAB-KITAB
  4. 4.      Beriman kepada RASUL-RASUL
  5. 5.      Beriman kepada HARI AKHIRAT
  6. 6.      Beriman kepada QADA’ dan QADAR


Key point = Allah Malaikat Kitab Rasul Akhirat Qada’ Qadar
Bukan susah pun 6 je kot…

Rukun Islam

  1. 1.      Mengucap 2 kalimah syahadah
  2. 2.      Solat 5 waktu sehari semalam
  3. 3.      Menunaikan Zakat
  4. 4.      Berpuasa dibulan Ramadhan
  5. 5.      Mengerjakan haji BAGI yang MAMPU

Key point = Syahadah Solat Zakat Puasa Haji
Lagi la senang 5 je kot…

Jadi untuk mengubah hidup dan mencari sesuatu untuk dipegang bukanlah sukar sebenarnya, cuma terlampau banyak dosa yang kita lakukan sehingga banyak titik-titik hitam yang ada dalam hati kita dan menjadikan hati itu buta.

Let’s make it easy and simple, macam selalu coach saya bagitau “kalau kita lost, back to basic…”
So, in case of this… lost in real world, ISLAM is the basic and you will find the answer…

“Practice make perfect”?

Are we still familiar with the quote?

How bout we change a little bit of the sentence?

“Practice doesn’t make perfect, Tawaddu’ make perfect”

Jadikanlah ISLAM sebagai pegangan hidup dan cara hidup melebihi segalanya di atas muka bumi yang pinjaman dan palsu ini.

Naiiiissseee, catch with you later…. Assalamualaikum, may Allah bless you :)

P/S: KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN. JANGAN DI TERJAH KERANA ANAKMU INI SEDANG BELAJAR. MAAF.


No comments:

Post a Comment

adakah ini yang dinamakan komen ?

Note: Only a member of this blog may post a comment.