Saturday, February 5, 2011

[JAM MENUNJUKKAN PUKUL 3.49 PAGI]

mencari idea untuk menyiapkan assignment ?
mencari idea untuk menulis lagu yang kedua bAgI diriku ?
aku tahu diriku ini sangat tidak bermakna bagi org lain .
tapi ....
perlukah aku memikirkannya ?
sedangkan byk lagi perkara yg perlu aku penuhi sebagai seorang pelajar, anak, teman, hamba.
hmmmm ...
aku kesepian .
itulah yang terbaik untuk menggambarkan diriku pada masa kini .
aku sedih .
aku takot .
aku murung .
aku merasakan diriku ini sangat hina di sisi tuhanku .
aku tahu aku tahu aku tahu .
setiap hari aku memohon agar doaku dimakbulkan ,
tetapi aku terfikir ,
adakah seorang hamba yang selalu melupakan tuhannya akan diingati oleh tuhannya ?
aku tahu aku tahu aku tahu ,
tuhanku tidak akan sesekali melupakan aku ,
buktinya ?
udara yang aku hirup segar dilimpahkan kepada aku olehnya ,
kecerahan matahari menyinari hidup aku ,
memberikan peluang untuk aku menggunakan pancaindera , mata sebaik-baiknya .
kegelapan malam yang aku rasai amat berharga bg aku untuk lena tidur diulit mimpi2 indah .
kesempurnaan tubuh aku dirasai agar tidak dihina , dicaci oleh insan yg tidak berperikemanusiaan ,
pendengaran yang aku gunakan untuk mendengar ayat suci al-quran ,
walaupun dahulu aku tahu , tetapi baru sekarang aku mula MENGhargai .

penglihatan yg tajam , yg dahulunya aku gunakan untuk melihat perkara2 duniawi ,
tetapi , alhamdulillah telah aku gunakan dengan sebaik-baiknya sekarang menuju ke jalan jihad ,
walaupun dahulu aku tahu , tetapi baru sekarang aku mulai hargai .
sentuhan yg menghangatkan , yg dahulu aku gunakan untuk menyentuh alat2 hiburan ,
tetapi , alhamdulillah telah aku gunakan untuk memegang kitab suci bg seluruh umat islam .
walaupun dahulu aku tahu , tetapi baru sekarang aku mulai hargai .
mulut yg melalaikan , yg dahulu aku gunakan untuk mendendangkan lirik2 syaitan ,
tetapi , alhamdulillah telah aku gunakan untuk menghangatkan suasana malam dengan bertarannum .
walaupun dahulu aku tahu , tetapi baru sekarang aku mulai hargai .
pemikiran yg menganiaya , yg dahulu aku gunakan untuk menakluki duniawi .
tetapi , alhamdulillah telah aku gunakan untuk memberi keinsafan dengan membayangkan nikmat syurga ,
walaupun dahulu aku tahu , tetapi baru sekarang aku mulai hargai .


aku tahu aku tahu aku tahu .
apa yg aku mahu ketika ini ?
hanya aku yg tahu ,
tetapi ...
aku mahu berkongsi ,
aku mahu memohon diampunkan dosa diriku ,
aku mahu memohon  diampunkan dosa kedua ibubapa ku ,
aku mahu memohon diampunkan dosa seluruh ahli keluarga ku ,
aku mahu memohon diampunkan dosa semua guru ku ,
aku mahu memohon diampunkan dosa teman2 ku ,
aku mahu memohon diampunkan dosa semua umat islam yg masih hidup mahupun yg meninggal dunia ,
aku mahu memohon diri aku dimatikan dalam keadaan beriman, dalam keadaan syahid , dalam ketenangan di dunia dan di akhirat ,
aku mahu memohon dihindarkan dari seksaan kubur ,
dan aku memohon agar dihindarkan seksaan kubur bagi arwah ayah ku ,
kerana dialah yang telah mendidik aku dari aku kecil sehingga sebelom pemergiaannya ,
aku memohon agar dihindarkan seksaan kubur bagi seluruh umat islam ,
aku memohon agar diberikan jodoh yg terbaik , yg memahami diriku ,
terhindar dari perkara2 lagha , terhindar dari kesesatan dunia dan akhirat .

P/S: AKU JUGA INGIN DUNIA MELIHATKU SEBAGAI SEORANG ANAK MUDA YANG BAKAL MENGGEGAR DUNIA.

No comments:

Post a Comment

adakah ini yang dinamakan komen ?

Note: Only a member of this blog may post a comment.